programamaljariahProgram Amal Jariah atau singkatannya PAJ adalah satu program yang diperkenalkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2008 di mana dana RM50 juta disediakan bagi membaik pulih rumah usang rakyat miskin tegar di seluruh negara. Konsepnya sama dengan yang diterapkan dalam sektor swasta iaitu Corporate Social Responsibility (CSR) atau tanggungjawab sosial korporat.

Program ini tertumpu kepada kerja-kerja mengenal pasti rumah kediaman rakyat yang mengalami kerosakkan yang perlu di baiki segera menggunakan dana yang telah di peruntukkan. Data-data berkaitan dengan penduduk dalam Mukim Junjong yang layak untuk menikmati program ini sedang di kumpul untuk diajukan kepada sekritariat program.

Setakat ini lebih 40 buah rumah didalam Mukim Junjong telah di kenalpasti dan permohonan untuk memperbaikki kediaman tersebut telah di buat.

Masih terdapat bebarapa buah kediaman yang sedang dalam proses pengumpulan data dan permohonan untuk mendapat peruntukkan dari program ini akan dibuat bagi pihak tuan rumah.

Program Amal Jariah ini merupakan program anjuran kerajaan pusat. Bantuan disalurkan terus kepada penerima melalui pengurus kawasan yang dilantik oleh sekretariat. Ini bermakna, program ini tidak disalurkan melalui kerajaan negeri atau pejabat daerah.

Adala menjadi harapan, melalui program ini beberapa buah kediaman yang uzur akan dapat dibaikpulih demi keselesaan penghuni.